More

    realme C67 5G dilancar: Skrin LCD IPS 6.72″ dan kamera 50MP bermula ~RM784

    Memperkenalkan realme C67 5G, tambahan terbaru kepada siri C menampilkan cipset MediaTek Dimensity 6100+, menjanjikan pengalaman yang lancar dan responsif kepada pengguna.

    realme C67 5G menawarkan paparan LCD IPS 6.72 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran semula 120Hz dan potongan lubang tebuk memuatkan kamera swafoto 8MP disertai Mini Kapsul 2.0 realme. Di dalamnya pula membawa bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

    Beralih ke bahagian belakang peranti, pengguna akan menemui kamera utama 50MP berkuasa dengan apertur f/1.8 dan binning piksel 4-dalam-1 termaju dan kamera potret 2MP untuk mempertingkatkan keupayaan fotografi telefon pintar. Sistem operasinya berjalan pada realme UI 4.0 berdasarkan Android 13 sambil rintangan kalis habuk dan percikan IP54, pengimbas cap jari dipasang di sisi yang dibenamkan dalam butang kuasa untuk keselamatan tambahan serta bicu fon kepala 3.5mm.

    Tersedia dalam warna Sunny Oasis dan Dark Purple, realme C67 5G memberikan varian 4/128GB pada INR 13,999 (~RM784) dan varian 6/128GB pada harga INR 14,999 (~RM840). Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme India

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured