More

    realme C71 dilancar di Malaysia dengan ciri AI, bateri 6300mAh dan tahan lasak berharga RM499

    realme hari ini mengumumkan ketibaan rasmi telefon pintar terbaharu realme C71 dalam pasaran Malaysia. Ditawarkan pada harga mampu milik RM499, peranti ini menyasarkan pengguna kelas permulaan yang mahukan lebih kuasa, ketahanan dan kecekapan dalam penggunaan harian.

    realme C71 tampil dengan kapasiti bateri 6300mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W serta pengecasan terbalik 6W melalui port Type-C mampu bertahan sehingga 2.8 hari dalam mod siap sedia, menyokong sehingga 9.3 jam permainan berterusan dan sehingga 15.4 jam tontonan video dengan satu pengecasan penuh.

    Meskipun menempatkan bateri bersaiz besar, realme C71 mengekalkan rekaan ultra-slim dengan ketebalan hanya 7.79mm. Reka bentuknya diinspirasikan daripada tekstur bulu halus yang memberikan kesan ringan dan premium sementara lengkungan pada panel belakang memberikan genggaman yang lebih selesa.

    Menariknya, ciri Pulse Light menyala secara dinamik untuk notifikasi, pengecasan dan sesi hiburan serta boleh disesuaikan mengikut gaya pengguna. realme turut menekankan aspek ketahanan pada peranti ini yang hadir dengan tahap gegaran bertaraf ketenteraan dan mampu bertahan daripada jatuh setinggi 1.5 meter.

    C71 dilengkapi pembesar suara yang menyokong mod Ultra Volume 400%. Pengalaman pengguna turut dipertingkatkan dengan sokongan AI pintar. AI Call Noise Reduction 2.0 membantu mengurangkan bunyi latar semasa panggilan manakala ciri AI Clear Face, AI Image Matting dan AI Eraser membolehkan pengguna menyunting gambar.

    Fungsi Google Gemini serta Circle to Search juga turut hadir untuk peranti ini. Terdapat juga Antenna Signal Hunter yang membantu mengekalkan isyarat lebih stabil dan Riding Mode 2.0 yang menyediakan antaramuka mesra pengguna ketika dalam perjalanan. realme C71 boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Forest Owl dan White Swan.

    Ia ditawarkan dalam varian 6/128GB storan dan sokongan sehingga 18GB Dynamic RAM. Jualan pertama akan bermula dari 13 Jun hingga 12 Julai 2025 menerusi kedai jenama realme, pengedar sah serta platform dalam talian rasmi di Shopee, Lazada dan TikTok. Pembeli juga akan menerima pelindung skrin dan jaminan lanjutan selama satu tahun bernilai RM169 sepanjang tempoh promosi.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...