More

    realme C71 kini rasmi di Malaysia dengan varian 8GB + 256GB berharga RM599

    realme baru-baru ini telah mengumumkan pelancaran varian baharu bagi model realme C71 yang kini hadir dengan konfigurasi 8GB RAM + 256GB storan. Menariknya, realme C71 menampilkan bateri berkapasiti 6300mAh dengan pengecasan pantas 45W yang mampu memberikan sehingga 2.8 hari masa sedia, 9.3 jam untuk bermain game dan 15.4 jam tontonan video dalam satu cas penuh.

    Ia turut menyokong pengecasan berbalik 6W melalui port USB-C. Reka bentuknya juga menonjol dengan tubuh nipis 7.79mm selari dengan matlamat realme yang mengetengahkan rekaan “feather-inspired”, ringan dan bergaya premium, lengkap dengan Pulse Light yang boleh disesuaikan untuk notifikasi, pengecasan atau muzik.

    Selain itu, telefon ini hadir dengan pelbagai ciri tambahan seperti AI Call Noise Reduction 2.0, AI Eraser, Circle to Search dan Signal Hunter Antenna untuk sambungan lebih stabil. Ia juga mempunyai Riding Mode 2.0 bagi keselamatan penunggang motosikal, Ultra Volume Mode 400%, serta ketahanan military-grade yang mampu menahan jatuhan sehingga 1.5 meter.

    realme C71 ditawarkan pada harga hanya RM599 dan mula dijual di seluruh Malaysia bermula 7 November 2025. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan varian terbaharu yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...