More

    realme C75 akan dilancar di Malaysia pada 17 Disember 2024, mungkin berharga RM699

    Selepas pelancarannya di Vietnam pada hujung bulan lalu, kini telefon kelas permulaan realme C75 akan dilancar di Malaysia pada 17 Disember 2024. Tarikh ini telah disahkan dalam laman Facebook realme Malaysia dan mereka turut berkongsi beberapa maklumat mengenai peranti ini.

    realme Malaysia mengetengahkan C75 sebagai telefon pertama yang menyokong rating kalis air dan debu IP66, IP68 dan IP69 untuk perlindungan menyeluruh.

    Jika kita rujuk pada model yang dilancar di Vietnam, reame C75 dilengkapi skrin IPS LCD 6.72 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar 90Hz cipset MediaTek Helio G92 Max, RAM 8GB, storan dalaman 256GB, bateri 6,000mAh dan pengecasan pantas 45W.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera swafoto 8MP. Setakat ini masih tidak diketahui apakah varian memori dan spesifikasi yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

    Walaupun harganya belum diumumkan, sebuah pengedar di Shopee telah pun mengumumkan harganya yang mungkin akan bermula daripada RM699.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured