More

    realme C75x dilancar di Malaysia dengan penarafan IP69 dan bateri 5,600mAh, berharga RM599

    Baru-baru ini, realme secara rasmi telah melancarkan realme C75x dalam pasaran Malaysia. Ia merupakan sebuah telefon pintar peringkat permulaan yang menekankan ketahanan dan ciri praktikal. Peranti ini dilengkapi dengan penarafan IP69 menjadikannya lebih tahan air, habuk dan hentakan.

    realme C75x direka dengan bingkai aluminium die-cast serta Perlindungan ArmorShell™ yang membantu mengurangkan risiko kerosakan akibat jatuh atau hentakan. Ia turut mempunyai teknologi SonicWave Water Ejection yang berfungsi untuk mengeluarkan lebihan air dari pembesar suara.

    Daripada segi spesifikasi, realme C75x hadir dengan RAM Dinamik 8GB, storan 256GB dan bateri 5,600mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W. Skrinnya hadir dengan kadar segar semula 120Hz untuk meningkatkan kelancaran penggunaan harian.

    Bagi pengguna yang gemar mengambil gambar, kamera utama 50MP dengan AI menawarkan pelbagai ciri untuk membantu menghasilkan imej yang lebih jelas. Selain itu, ciri seperti Mini Capsule 3.0 dan Google Gemini memberi kemudahan dalam mengurus notifikasi dan carian maklumat.

    realme C75x dilancarkan dengan harga RM599 dan tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Coral Pink dan Oceanic Blue. Ia akan mula dijual di platform seperti kedai rasmi realme, Shopee, Lazada dan TikTok bermula 8 Mac hingga 6 April 2025.

    Spesifikasi lengkap realme C75x:

    • Cipset MediaTek Helio G81 Ultra
    • RAM 8GB dengan tambahan RAM maya sehingga 16GB
    • Storan dalaman 128GB dengan slot kad microSD untuk penambahan storan
    • Skrin IPS LCD​ 6.72 inci​ dengan resolusi 1080 x 2400 piksel (FHD+),​ kadar segar semula 120Hz​ dan kecerahan maksimum sehingga 690 nits
    • Kamera belakang: 50MP (utama, f/1.8) dan 2MP (sensor kedalaman)
    • Kamera swafoto 8MP (f/2.0)​
    • Bateri kapasiti 5600mAh​ dengan pengecasan pantas 45W
    • Sistem Operasi: realme UI 5.0 berasaskan Android 14 ​
    • Warna: Coral Pink dan Oceanic Blue
    • Harga: RM599

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme C75x teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...