More

    realme C85 5G kini boleh dimiliki melalui pakej Hotlink dan U Mobile bermula RM59/ bulan

    realme, jenama telefon pintar yang berkembang paling pantas di dunia, terus memperluaskan penawaran realme C85 5G sebagai pemegang Rekod Dunia Guinness melalui kerjasama strategik dengan syarikat telekomunikasi di Malaysia. Selepas kejayaan bersama Hotlink, realme kini berganding pula dengan U Mobile bagi menjadikan telefon pintar 5G yang lasak dan berkuasa bateri ini lebih mudah dimiliki melalui pelan pascabayar yang fleksibel.

    Kerjasama ini mencerminkan komitmen realme untuk menawarkan inovasi 5G premium pada harga mampu milik, sesuai untuk gaya hidup aktif golongan muda, profesional dan pengguna yang sentiasa bergerak. Melalui Hotlink, realme C85 5G ditawarkan pada RM59 sebulan selama 24 bulan dengan data besar, panggilan dan SMS tanpa had serta roaming percuma terpilih.

    Bersama U Mobile, peranti ini boleh dimiliki secara percuma dengan kontrak U Postpaid 68 selama 24 bulan. Dikenali dengan pensijilan ketahanan IP69 Pro, rintangan hentakan gred ketenteraan dan bateri Titan 7,000mAh, realme C85 5G kini lebih mudah diakses oleh pelajar, pekerja muda dan pengguna lasak. Pelancaran rasmi pasaran terbuka dijangka tidak lama lagi, dengan maklumat lanjut bakal diumumkan oleh realme Malaysia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured