More

    realme dilapor bakal lancar telefon pintar dengan bateri gergasi 10,001 mAh

    realme nampaknya bakal merealisasikan impian pengguna yang mahukan peranti dengan daya tahan bateri luar biasa selepas butiran mengenai telefon pintar terbaharu mereka mula tular. Terdahulu pada Mei lalu, realme telah mempamerkan prototaip peranti dengan bateri 10,000 mAh dan merancang untuk melancarkan model 7,500 mAh pada tahun ini.

    Namun, sehingga kini realme hanya menawarkan kapasiti sehingga 7,000 mAh menerusi model mercu seperti realme GT 8 Pro. Meskipun belum ada pengumuman rasmi mengenai ketersediaan model 10,000 mAh untuk pasaran komersial, salah satu sumber yang boleh dipercayai telah mendedahkan imej peranti tersebut yang dikenali dengan nombor model RMX5107.

    Apa yang menarik perhatian, peranti ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 10,001 mAh iaitu 1 mAh lebih tinggi berbanding kapasiti bateri pada model HONOR Win dan Win RT yang dilancarkan baru-baru ini. Ia juga dilaporkan bakal menjalankan sistem operasi realme UI 7.0 dan dilengkapi dengan memori RAM 12GB serta storan dalaman 256GB.

    Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan bahawa realme akan menawarkan beberapa lagi pilihan konfigurasi memori lain yang masih belum didedahkan buat masa ini. Selain kapasiti bateri yang besar, sumber turut mendakwa bahawa peranti RMX5107 ini telah mendapat pengiktirafan sokongan Hi-Res Audio.

    Sama-sama nantikan pelancaran rasmi RMX5107 untuk mengetahui spesifikasi lengkap dan keistimewaannya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MT Today

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured