More

    realme GT 2 Master Explorer dilancar: Telefon pintar pertama dengan RAM LPDDR5X bermula ~RM2,306

    Edisi realme GT 2 Master Explorer telah dilancarkan di China sersama cipset andalan Snapdragon 8+ Gen 1. Peranti ini menawarkan ciri utama seperti reka bentuk yang menarik, paparan AMOLED 120Hz, RAM LPDDR5X dan unit pelesapan haba yang lebih baik. Ia juga merupakan telefon realme pertama yang menyokong pengecasan pantas 100W.

    realme GT 2 ME berukuran 161.3 x 74.3 x 8.2mm dan berat sekitar 199 gram. Ia mempunyai bahagian belakang dengan bahan kulit dan sarung logam yang diikat dengan rivet di bahagian tepi. Ia juga membawa paparan AMOLED 6.7 inci yang dilindungi oleh lapisan Gorilla Glass Victus, lubang tebuk (punch-hole) yang terletak di tengah dan bezel yang nipis.

    Paparan peranti memberikan resolusi FHD+ 1080 x 2400 piksel, warna 10-bit, kadar penyegaran semula 120Hz, gamut warna 100% DCI-P3, sokongan HDR10+ dan pengimbas cap jari bawah paparan. Skrin ini dikuasakan oleh cip grafik bebas X7 untuk sisipan bingkai kependaman (latency) ultra rendah.

    Ini adalah telefon pintar pertama yang dilengkapi RAM LPDDR5X dan ia menggunakan kuasa 20% kurang daripada LPDDR5. Peranti ini dilengkapi dengan storan UFS 3.1, sistem penyejukan cecair dwi-ruang wap (dual vapor chamber liquid cooling system) untuk pelesapan haba. Ia menyokong pengecasan 100WGaN (gallium nitride) boleh mengecas sepenuhnya dalam masa 25 minit sahaja.

    Daripada segi kamera, ia mempunyai kamera swafoto 16MP manakala kamera belakangnya mempunyai kamera utama Sony IMX766 50MP dengan penstabilan imej optikal (OIS), lensa ultra lebar 50MP dengan medan pandangan 150 darjah dan lensa mikroskop 2MP dengan pembesaran sehingga 40x.

    realme GT 2 Master Explorer menggunakan realme UI 3.0 berdasarkan Android 12 OS. Peranti ini dilengkapi menyokong  sambungan dwi-SIM, 5G, WiFi 6E, Bluetooth 5.2, GPS dwi-frekuensi, NFC, port USB-C dan bicu audio 3.5mm.

    Ia hadir dalam tiga konfigurasi iaitu 8GB + 128GB berharga 3,499 Yuan (~RM2,306), 8GB + 256GB berharga 3,499 Yuan (~RM2,306) dan 12GB + 256GB berharga 3,999 Yuan (~RM2,636). Anda boleh memilih warna sama ada coklat, hitam ataupun putih. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    "
    "

    Sumber: Gizmochina 

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured