More

    realme GT 2 Pro bakal dilancar untuk pasaran global, miliki cipset SD 8 Gen 1 dan bateri 5,000mAh

    realme GT 2 Pro merupakan telefon pintar andalan pertama daripada realme telah dilancarkan di China pada bulan lepas. realme telah mengesahkan bahawa peranti tersebut akan mula tersedia di pasaran global bermula di India. Berita ini disahkan oleh Madhav Sheth, CEO of Realme India, VP of Realme dan President of Realme International Business Group.

    Namun, tiada sebarang maklumat mengenai tarikh pelancarannya dan kami menjangka ia mungkin berlaku dalam beberapa hari akan datang. Menerusi sesi Soal Jawab Tanya Madhav yang lepas, beliau telah mengesahkan bahawa siri realme GT 2 dan realme Narzo baharu akan muncul di India tidak lama lagi. Khabar angin menunjukkan bahawa syarikat itu mungkin melancarkan realme Narzo 50 atau Narzo 50A Prime.

    realme GT 2 Pro akan menampilkan skrin LPTO AMOLED 6.7 inci dengan resolusi 2K 3216 x 1440 piksel, panel fleksibel dengan kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 1400 nits. Ia dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1, RAM 12GB dan storan 512GB. Ia juga menggunakan sistem penyejukan teras ais berlian Plus yang dapat meningkatkan pelesapan haba sebanyak 205%.

    Peranti tersedia dengan tri-kamera 50MP, kamera ultralebar 50MP dan lensa makro 3MP manakala di bahagian hadapan membawa kamera swafoto 32 megapiksel. Ia menggunakan sistem pengendalian Android 12 dengan UI realme. Dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 65W, anda boleh mengecas peranti sepenuhnya dalam masa 33 minit.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured