More

    realme GT 6T akan dilengkapi cipset Snapdragon 7+ Gen 3

    realme mengumumkan bahawa mereka akan melancakran siri telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6 Series di India pada bulan ini. Jenama teknologi itu tidak memperincikan butiran tentang jumlah variannya, namun salah satu varian adalah realme GT 6T dan beberapa spesifikasinya sudah diketahui.

    realme GT 6T akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 7+ Gen 3, menjadikannya telefon pertengahan realme kedua yang dilengkapi cipset tersebut. Cipset itu meraih markah lebih 1.5 juta dalam penanda aras AnTuTu, meletakkannya setaraf dengan telefon andalan tahun lepas seperti Samsung Galaxy S23 Ultra dan Xiaomi 13T Pro.

    Telefon realme pertama yang dilengkapi cipset ini adalah realme GT Neo6 SE yang dilancar di China, jadi mungkin realme GT 6T adalah realme GT Neo6 SE yang dijenamakan semula untuk pasaran antarabangsa.

    realme GT 6T juga bakal menjadi telefon pertama dalam siri realme GT yang mempunyai huruf T dalam namanya. Ia juga akan mempunyai sistem penyejukan berdasarkan kamar wap (vapour chamber) untuk mengawal suhu telefon sewaktu sesi gaming sengit. Setakat ini, masih tiada maklumat mengenai spesifikasi lain atau reka bentuk telefon ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme India

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured