More

    realme GT 7 Pro akan dilancar di Malaysia pada November 2024

    Sewaktu acara pelancaran siri realme 13 pada minggu lalu, realme turut mengumumkan bahawa telefon pintar andalan (flagship) seterusnya, realme GT 7 Pro, akan dilancar di Malaysia pada bulan November 2024. Tarikh spesifiknya masih belum diketahui, namun kita boleh jangkakan pengumuman tarikhnya dalam masa terdekat.

    Telefon tersebut bakal diperkenalkan buat kali pertama di China pada hujung bulan ini, seperti yang dinyatakan oleh presiden realme Xu Qi Chase dalam platform media sosial Weibo. Beliau mengatakan realme GT 7 Pro akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon yang tercanggih serta kamera telefoto periskop.

    Ini mungkin menunjukkan bahawa realme GT 7 Pro bakal menjadi antara telefon terawal yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 4. Ia merupakan cipset andalan baharu oleh Qualcomm yang akan dilancar dalam acara Snapdragon Summit yang akan berlangsung pada 21 hingga 23 Oktober 2024.

    Selain itu, realme juga telah berkongsi sebuah video buka kotak (unboxing) untuk realme GT 7 Pro. Video tersebut dirakam sewaktu telefon itu ditenggelamkan dalam sebuah kolam renang, mungkin bagi menunjukkan keupayaan rating kalis air padanya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme GT 7 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme Malaysia YouTube

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured