More

    realme GT 7 Pro dengan Snapdragon 8 Elite akan dilancar pada 18 November 2024

    realme akan melancarkan telefon andalannya iaitu realme GT 7 Pro pada 18 November 2024, jam 6 petang di Piazza, Pavilion Bukit Jalil. Sebagai telefon pintar pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Elite (Snapdragon 8 Gen 4), peranti ini menjanjikan eksplorasi baru dalam prestasi, ciri-ciri AI dan keupayaan fotografi bagi mengukuhkan lagi kedudukan realme dalam dunia inovasi teknologi.

    Dengan tema “Explore the Unexplored“, realme GT 7 Pro hadir dengan lima inovasi utama termasuk cipset Snapdragon 8 Elite yang dikuasakan oleh teras CPU Oryon tersuai, mencatat skor melebihi 3 juta di AnTuTu dengan dua teras utama yang berfungsi pada kelajuan 4.32 GHz dan enam teras prestasi pada 3.53 GHz. Dengan cipset 3nm pertama daripada Qualcomm, GT 7 Pro memberikan lonjakan prestasi lebih 40% dalam CPU dan GPU.

    Ia turut dilengkapi skrin RealWorld Eco² OLED yang dibangunkan bersama Samsung, menawarkan gamut warna DCI-P3 120% dan bateri Anoda Silikon terbesar di dunia untuk jangka hayat bateri terbaik. Kamera AI Ultra-clear Snap yang dilengkapi dengan lensa telefoto periskop dan mod fotografi bawah air membolehkan pengguna mengambil gambar yang menakjubkan dalam pelbagai keadaan.

    Selain itu, GT 7 Pro menawarkan ciri AI inovatif seperti AI Sketch to Image dan AI Motion Deblur untuk mengukuhkan lagi kedudukan realme sebagai perintis AI dan memberi pengguna alat yang canggih untuk produktiviti dan kreativiti. Saksikan penstriman langsung pelancaran realme GT 7 Pro di saluran Facebook dan YouTube.

    Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured