More

    realme GT 7 Pro Racing Edition dilancar: Snapdragon 8 Elite, skrin BOE S2 OLED 6.78″ bermula ~RM1,892

    realme telah melancarkan model terbaharu dalam siri GT dengan realme GT 7 Pro Racing Edition di pasaran China. Telefon pintar ini menumpukan kepada prestasi tinggi dengan menampilkan cip pemprosesan Snapdragon 8 Elite menjadikannya peranti paling mampu milik dengan cip tersebut setakat ini.

    Peranti ini dilengkapi dengan skrin BOE S2 OLED bersaiz 6.78 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak sehingga 6,000 nits. Ia dipadankan dengan RAM LPDDR5x dan storan UFS 4.1. Sistem penyejukan dwi-ruang wap seluas 11,480mm² turut disertakan bagi mengawal suhu peranti.

    GT 7 Pro Racing Edition menampilkan kamera utama 50MP Sony IMX896 dengan penstabilan imej optikal (OIS) dan lensa ultra lebar 8MP manakala bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 16MP. Bateri berkapasiti 6,500mAh menyokong pengecasan pantas berwayar 120W dengan fungsi pengecasan pintasan untuk mengurangkan haba semasa sesi permainan yang panjang.

    Ciri tambahan lain termasuk sensor cap jari dalam skrin optikal, pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos dan sokongan Wi-Fi 7 serta Bluetooth 5.4. realme GT 7 Pro Racing Edition ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Neptune Explorer Edition (biru) dan Star Trail Titanium (kelabu).

    Harga jualan di China bermula dari 3,099 Yuan (~RM1,892) untuk model 12GB RAM dan 256GB storan. Setakat ini, tiada maklumat mengenai ketersediaan peranti ini di pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme GT 7 Pro Racing Edition dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured