More

    realme GT 8 Pro sah bakal dilancar di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite Gen 5

    realme Malaysia mengesahkan ketibaan telefon pintar baharu realme GT 8 Pro untuk pasaran tempatan. Ia berpotensi menjadi model pertama di Malaysia yang menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5. Snapdragon 8 Elite Gen 5 dibina berasaskan proses TSMC N3p (3nm) dan hadir dengan konfigurasi CPU 2+6 dengan kelajuan clock mencecah 4.61GHz.

    Cipset ini turut direkodkan melepasi skor 4 juta dalam ujian penanda aras AnTuTu. Selain cipset andalan, realme turut menyertakan Hyper Vision+ AI Chip dan sistem pengecaman tenaga dikenali sebagai realme GT BOOST 3.0. Kedua-duanya berfungsi sebagai enjin yang mempertingkatkan kecekapan tenaga, kelancaran paparan dan penalaan kuasa ketika bermain game.

    Menariknya, realme mendakwa GT 8 Pro mampu menjalankan dua permainan berat serentak seperti PUBG dan Genshin Impact pada kadar bingkai tinggi sehingga satu jam. Ia menandakan sasaran jelas realme terhadap segmen pengguna tegar yang mahukan pengalaman permainan mudah alih lebih ekstrem.

    Walaupun butiran penuh seperti harga rasmi, tarikh jualan dan spesifikasi masih belum diumumkan, pengesahan awal ini menjadikan realme antara pengeluar pertama yang membawa Snapdragon 8 Elite Gen 5 ke pasaran tempatan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured