More

    realme GT Master Edition akan ditawarkan dalam warna putih dan kelabu gelap

    realme bakal melancarkan siri telefon pintar andalan realme GT Master Edition esok pada jam 2:00 petang waktu China (sama dengan waktu Malaysia) dan mereka telah pun menunjukkan satu warna untuk telefon itu pada minggu lepas iaitu kelabu pekat (dark grey). Hari ini, mereka menunjukkan satu lagi pilihan warna untuk telefon tersebut iaitu putih Snow Mountain.

    Mereka telah memuat naik poster baru untuk telefon itu dalam laman Weibo rasmi. Berlainan dengan rekaan pada warna kelabu gelap yang mempunyai jaluran 3D, varian putih ini mempunyai rekaan yang rata sahaja.

    realme menyifatkan jaluran pada warna kelabu gelap sebagai rekaan mirip bagasi penerbangan (travel suitcase) dan dibuat dengan rangka aluminium. Ia telah direka oleh pereka dari Jepun, Naoto Fukusawa.

    Mereka telah pun mengesahkan bahawa salah satu varian realme GT Master Edition akan dilengkapi cipset Snapdragon 870 5G, skrin 120Hz dengan HDR10+, RAM sehinga 19GB dan sensor kamera Sony IMX766 1/1.56 inci.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured