More

    realme GT Neo 3 dilancar di Malaysia: Dimensity 8100, AMOLED 6.7″ 120Hz dan kamera 50MP berharga RM2,099

    Hari ini, realme mengumumkan peranti terbaharu daripada barisan GT iaitu realme GT Neo 3. Untuk pengetahuan, ia juga dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Bahagian belakang GT Neo 3 hadir dengan reka bentuk jalur perlumbaan sebagai simbol yang mewakili kelajuan.

    GT Neo 3 dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 8100 5G, RAM 8GB dan storan UFS 3.1 256GB. Peranti ini juga mempunyai skrin AMOLED 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan pensampelan sentuh 1000Hz serta perlindungan kaca Corning Gorilla 5.

    Ia mempunyai tiga kamera belakang di mana kamera utama 50 MP, f/1.8, 26mm (lebar), 1/1.56″, 1.0µm, PDAF, OIS + 8 MP, f/2.3, 16mm, 119Ëš (ultra lebar), 1/4.0″, 1.12µm + 2 MP f/2.4, (makro). GT Neo 3 menyokong sambungan Wifi, Bluetoth, NFC, GPS, HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE-A dan 5G.

    Ia juga dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,000 mAh dan menggunakan antara muka realme UI 3.0 berdasarkan Android 12. Kuasa pengecasan 80W membolehkan telefon ini mengecas daripada 0% kepada 100% hanya dengan masa hanya 32 minit.

    realme GT Neo 3 hadir dengan dua pilihan warna iaitu Plain Black dan Silverstone White. realme GT Neo 3 tersedia dalam pasaran Malaysia bermula hari ini dengan tawaran istimewa untuk pembeli terawal dengan harga harga RM1,799. Promosi ini bermula hari ini sehingga 17 Jun 2022 di Lazada.

    Spesifikasi lengkap realme GT Neo 3:

    • Cipset MediaTek Dimensity 8100 (5nm)
    • Skrin AMOLED 6.7 inci, segar semula skrin 120Hz dan pensampelan sentuh 1000Hz
    • RAM 8GB dan storan dalaman 256GB
    • Kamera utama 50 MP, f/1.9, 24mm (lebar), 1/1.56″, 1.0µm, PDAF, OIS + 8MP, f/2.3, 15mm, 120Ëš (ultra lebar), 1/4.0″, 1.12µm + 2 MP, f/2.4, (makro)
    • Kamera swafoto 16MP
    • Badan berukuran 163.3 x 75.6 x 8.2 mm
    • Berat 188g
    • Sistem operasi Android 12, antara muka realme UI 3.0
    • Bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W
    • Pengimbas cap jari pada skrin, port USB-C, pembesar suara stereo dan NFC
    • Warna tersedia Plain Black dan Silverstone White
    • Harga RM2,099

    Untuk pengetahuan, realme Malaysia membuat tawaran istimewa iaitu pembelian dengan pembelian. Jika anda berminat untuk mendapatkan realme Buds Air 3 dan telefon GT Neo 3, anda boleh menikmati potongan sebanyak RM350 bagi setiap pembelian.

    Selain itu, terdapat juga pakej tawaran istimewa untuk telefon GT Neo 3 bersama realme Buds Q2 di mana anda boleh jimat sehingga RM350. Kedua-dua promosi ini berlangsung bermula hari ini (15 Jun) sehingga 17 Jun 2022.

    Adakah anda berminat untuk memiliki realme GT Neo 3 ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured