More

    realme GT Neo3 bakal dilengkapi cas pantas 150W, skrin dengan kadar bacaan sentuh 1,000Hz

    realme GT Neo3 bakal dilancar di China pada 22 Mac 2022 dan setakat ini beberapa maklumat utamanya telah didedahkan seperti rekaan berinspirasikan kereta lumba, cipset MediaTek Dimensity 8100, storan UFS 3.1 dan RAM LPDDR5 bagi menghasilkan storan pantas. Kini, realme mengesahkan maklumat mengenai skrin telefon itu pula.

    realme telah berkongsi beberapa poster yang menunjukkan maklumat skrin realme GT Neo3 iaitu ia bakal dilengkapi kadar segar semula 120Hz, nisbah skrin-ke-badan sebanyak 94.2% dan sempadan bezel senipis 1.48mm.

    Selain itu, satu ciri yang menarik adalah ia bakal mempunyai kadar bacaan sentuh 1,000Hz untuk tindak balas yang sangat responsif terutamanya sewaktu bermain game. Ini bakal menjadikannya antara skrin yang paling responsif dalam pasaran pada waktu ini.

    Satu lagi maklumat penting tentang realme GT Neo3 adalah ia bakal dilengkapi teknologi pengecasan pantas realme UltraDart Charging yang menyediakan kadar 150W. realme mengatakan teknologi itu membenarkan bateri dwi-sel dalam telefon ini untuk dicas sebanyak 0% ke 50% dalam masa lima minit sahaja.

    Mereka juga mengatakan bateri tersebut masih boleh memegang 80% daripada kapasiti asal walaupun selepas mengalami kitaran pengecasan sebanyak 1,600 kali.

    Adakah anda berminat dengan realme GT Neo3? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured