More

    realme GT Neo3 mungkin akan ditawarkan dengan varian bateri 5,000mAh dan cas pantas 80W

    Pada minggu lepas, realme telah mengesahkan bahawa mereka bakal melancarkan telefon pintar realme GT Neo3 yang akan dilengkapi pengecasan pantas 100W. Kini ahli eksekutif realme, Xu Qi Chase, berkongsi satu lagi maklumat berkenaan siri telefon tersebut.

    Dalam sebuah kiriman di Weibo, beliau berkongsi tiga nombor iaitu 80, 5000 dan 188, sambil meletakkan tanda palang #GTNeo3. Ini mungkin menunjukkan bahawa sebuah varian realme GT Neo3 akan dilengkapi pengecasan pantas 80W, bateri 5,000mAh dan berat 188 gram.

    Siri realme GT Neo3 telah disahkan akan dilancar di China pada bulan Mac ini. Ia bakal menjadi telefon pertama yang dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 8100 dan mungkin akan turut menawarkan varian yang dilengkapi cipset Snapdragon.

    Selain itu, realme GT Neo3 dikhabarkan bakal dilengkapi skrin AMOLED FullHD+ berukuran 6.7 inci dengan pengimbas cap jari di bawah skrin, sistem operasi Android 12, RAM 8 atau 12GB dan storan 128, 256 atau 512GB. Kameranya mungkin terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 8MP dan sensor kedalaman 2MP, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 16MP.

    Jika anda lebih berminat dengan realme GT Neo2, ia telah dilancar pada November 2021 lalu dan dijual pada harga bermula RM1,999. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme GT Neo3 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured