More

    realme GT Neo5 dilancar: SD 8 Gen 1, skrin OLED 6.74″ dan pengecasan pantas 240W bermula ~RM1,591

    Di China semalam, realme telah melancarkan realme GT Neo5 yang merupakan telefon pintar pertama dengan pengecasan pantas tertinggi dalam industri pada 240W. 

    Reka bentuk hadapannya agak biasa namun di bahagian belakang telefon pintar ini mempunyai pulau kamera yang besar dengan tingkap lutsinar dan pencahayaan LED di sebelah kanan sistem kamera. Tingkap lutsinar ini dikelilingi oleh Halo LED dan didayakan oleh RGB bersama 25 pilihan warna.

    Peranti ini hadir dalam gabungan matte untuk menawarkan tekstur kaca seperti yang dilihat dalam imej. Dihadapannya pula memaparkan paparan OLED 6.74 inci dengan resolusi 2772 x 1240 piksel (1.5K), kadar penyegaran semula 144Hz dan peredupan PWM 2160Hz.

    Ia dilengkapi dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 generasi terakhir, RAM LPDDR5X sehingga 12GB atau 16GB dan s storan UFS 3.1 sehingga 256GB atau 1TB pada varian pengecasan yang berbeza. Tidak dilupakan, telefon ini menawarkan dua model yang menampilkan kadar pengecasan dan saiz bateri yang berbeza.

    Yang pertama adalah varian pengecasan berwayar 150W yang menampilkan bateri 5,000mAh manakala varian yang lebih mahal dikuasakan oleh bateri 4,600mAh yang menyokong sokongan pengecasan pantas berwayar 240W (USB-C). Menurut realme, peranti itu boleh meningkat kuasa bateri daripada 1% kepada 20% dalam hanya 80 saat pengecasan.

    realme GT Neo 5 menampilkan tri-kamera di bahagian belakang yang terdiri daripada sensor Sony IMX890 50MP dengan sokongan OIS, sensor Sony IMX355 ultra lebar 8MP dan sensor makro 2MP. Bahagian hadapannya menempatkan kamera swafoto 16MP.

    GT Neo 5 akan dijual dalam warna Hitam, Putih dan Ungu yang turut disediakan bagi kedua-dua varian pengecasan. Berikut merupakan harga peranti di China:

    realme GT Neo 5 150W

    "
    "
    • 8GB + 256GB – 2,499 Yuan (~RM1,591)
    • 12GB + 256GB – 2,699 Yuan (~RM1,718)
    • 16GB + 256GB – 2,899 Yuan (~RM1,846)

    realme GT Neo 5 240W

    • 16GB + 256GB – 3,199 Yuan (~RM2,037)
    • 16GB + 1TB – 3,499 Yuan (~RM2,228)

    Mengikut sejarah siri realme GT Neo yang lain, versi kali ini mungkin akan dilancarkan di Malaysia namun ini hanyalah jangkaan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured