More

    realme GT3 mungkin menjadi telefon Android pertama dengan ‘Dynamic Island’

    Terdapat banyak pendedahan mengenai peranti yang bakal dilancarkan, realme GT3. Nampaknya, satu lagi imej telah mendedahkan bahawa ia mungkin menjadi telefon Android pertama yang membawa “Dynamic Island” seperti pada Apple iPhone 14 Pro dan Pro Max

    Pada mulanya, maklumat hanya menjangka ia akan membawa ruang yang lebih luas pada lubang tebuk kamera hadapan. Berdasarkan @onleaks dan Smartprix, imej itu masih tidak rasmi, tetapi ia menunjukkan kemungkinan aplikasi pengecasan SuperVOOC menggunakan “Dynamic Island” dengan realme UI. 

    Memandangkan sudah ada aplikasi pihak ketiga untuk mendayakan “Dynamic Island” pada telefon Android, ini pasti tidak terlalu sukar untuk realme untuk melaksanakannya. Walau bagaimanapun, ini hanyalah sekadar khabar angin. Kebanyakan peranti Android lain juga akan mula membangunkan ciri ini.

    Jika realme benar melancarkan ciri “Dynamic Island”, apakah nama yang bakal dipanggil? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: smartprix

     

    Artikel Terkini

    MediaTek Helio G99+ diperkenal untuk peranti mampu milik dengan RAM LPDDR5X

    MediaTek secara rasmi menyenaraikan pemproses cip 4G baharu iaitu Helio G99+ pada laman web rasmi mereka. Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan...

    HUAWEI Pura X View dilancar dengan skrin lebar 16:9.5, bateri 7,000mAh dan kamera 200MP...

    HUAWEI secara rasmi mengumumkan harga dan ketersediaan HUAWEI Pura X View selepas memperkenalkannya secara ringkas bulan lalu. HUAWEI Pura X View menampilkan...

    Xiaomi 18 Fold tiba dengan reka bentuk “Mid-Fold”, cip XRING O3 dan RAM LPDDR6

    Xiaomi melancarkan telefon pintar lipat terbaharu Xiaomi 18 Fold di China yang menampilkan rekaan yang dinamakan sebagai "mid-fold" iaitu gabungan saiz antara...

    Acer lancar monitor Predator, Nitro dan ProDesigner baharu Untuk ‘gaming’ & kreativiti

    Acer memperkenalkan barisan monitor terbaharu merangkumi portfolio Predator, Acer Nitro dan Acer ProDesigner dengan fokus kepada permainan berprestasi tinggi serta penciptaan kandungan. Barisan...

    Acer Vero 16 kini lebih mudah dibaiki, lengkap dengan kuasa AI dan paparan OLED

    Acer memperkenalkan Acer Vero 16 (V16-I71 / V16-I71T), komputer riba premium generasi keempat dalam siri Vero yang menggabungkan prestasi moden dengan pendekatan lebih...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured