More

    realme GT6 dijual serendah RM1 dan banyak lagi promosi realme sempena jualan 11.11

    Pada hari esok (11 November 2024), realme Malaysia akan menganjutkan promosi 11.11 Festival Sale yang menawarkan diskaun sehingga 70%, pulangan tunai (cashback) dan baucar di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

    realme akan menawarkan promosi yang berbeza bergantung kepada platform e-dagang. Dalam Shopee, pelanggan boleh dapatkan telefon realme dengan diskaun sehingga 70% serta pulangan tunai sebanyak 10% yang ditawarkan oleh pihak Shopee.

    Dalam Lazada, anda boleh beli peranti realme dengan diskaun sehingga 50% dan baucar Lazada sehingga 15% untuk peranti-peranti terpilih. Sementara itu, TikTok Shop menawarkan diskaun untuk peranti sehingga 30% dan pulangan tunai sehingga 8%.

    Paling menarik, realme akan menganjurkan aktiviti masa terhad Flash Killer yang akan menjual telefon gaming realme GT6 yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3 pada harga RM1 sahaja dalam Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Buat masa ini, realme masih belum memberi penjelasan tentang bagaimana pelanggan boleh menyertai aktiviti masa terhad ini.

    Berikut adalah senarai telefon realme yang boleh dibeli dalam promosi ini:

    Pelanggan juga boleh membeli aksesori IoT pada harga serendah RM11, apabila mereka membuat perbelanjaan minimum RM500. Aksesori ini termasuklah TechLife Buds X60, TechLife Wireless Earbuds, Watch T17C, TechLife 10000mAh Powerbank dan banyak lagi.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured