More

    realme lancarkan Brand Store 3.0 di Malaysia: Diskaun, waranti lanjutan, cabutan bertuah dan hadiah percuma

    realme kini meluaskan lagi perniagaanya dengan melancarkan kedai jenama realme sambil menawarkan promosi menarik dan cabutan bertuah. Brand Store 3.0 baharu itu akan menyambut pengunjung dan pelanggan dengan konsep reka bentuk moden di empat pusat beli-belah utama iaitu Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur; Sunway Pyramid, Selangor; Palm Mall, Negeri Seremban dan Ipoh Parade, Perak bermula pada 29 Julai 2023.

    Selain diskaun istimewa, terdapat waranti lanjutan dan perlindungan skrin retak selama enam bulan (untuk model terpilih) manakala pelanggan yang membeli realme GT Series, Number Series, C Series dan realme Pad di Brand Stores 3.0 layak mendapat hadiah percuma.

    realme juga mengadakan cabutan bertuah untuk pelanggan yang membeli mana-mana telefon pintar dan tablet berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM20,000, termasuk TV realme 50 inci, buku realme, realme Pad Mini Wifi dan banyak lagi.

    Sementara itu, 11 pelanggan pertama yang membeli telefon pintar realme 11 Pro 5G Series dari Brand Store 3.0 boleh membawa pulang hadiah kejutan. 100 pengunjung terawal yang menyertai aktiviti gerai foto juga layak menerima doorgift eksklusif.

    Bagi pengunjung yang berminat untuk melawat Projek Eksplorasi Bandar realme, Pameran itu kini dilanjutkan sehingga Isnin, 31 Julai 2023. Ia terletak di kedai alat tulis bersejarah berusia 100 tahun di Chinatown Kuala Lumpur. Ia mengalu-alukan kehadiran lebih 100 pengunjung setiap hari setakat hari ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured