More

    realme lancarkan siri GT2 versi global pada 4 Januari ini

    Selepas mengacah dan mendedahkan maklumat secara sedikit demi sedikit tentang barisan GT 2 Realme yang akan datang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif realme secara rasmi menetapkan tarikh melalui laman Twitternya. Kiriman tersebut menyatakan pelancaran global bagi siri realme GT 2 akan diadakan pada 4 Januari.

    realme baru-baru ini mendedahkan bahawa GT 2 Pro akan menjadi reka bentuk telefon pintar berasaskan bio pertama (menggunakan bahan diperbuat daripada kertas) dan ia akan menjadi yang pertama mempunyai kamera ultralebar 150 darjah serta pertama yang memiliki ‘Ultra Wide realme Band HyperSmart Antenna Switching’ dengan 12 antena di sekeliling telefon.

    realme GT 2 Pro juga akan menjadi peranti pertama oleh jenama itu yang menggunakan Snapdragon 8 Gen 1 baharu Qualcomm, kamera swafoto bawah paparan, storan 1TB dan paparan QHD+ Samsung AMOLED 6.7 inci. Menurut khabar angin, GT 2 Pro akan mempunyai pengecasan pantas 65W.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki siri GT2 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured