More

    realme Malaysia lancar produk AIoT: Televisyen, kamera, jam dan fon telinga wayarles bermula RM69

    realme Malaysia hari ini telah menganjurkan realme AIoT Season 2 Grand Launch di mana mereka mengumumkan pelbagai produk elektronik baru untuk kegunaan harian. Kebanyakan produk-produk baru ini akan dijual pada harga promosi di Lazada sempena Jualan 12.12 pada 12 Disember ini. Berikut adalah senarai produk yang dilancar:

    realme Smart TV

    Televisyen realme Smart TV akan dijual dalam dua saiz skrin iaitu 43 inci dan 32 inci. Ia dilengkapi pelbagai teknologi seperti Chroma Boost Picture Engine, Dolby Audio MS12B Solution dan banyak lagi. Skrinnya mempunyai sudut penglihatan sehingga 178° dan keterangan sehingga 400 nits manakala pembesar suaranya ialah empat speaker stereo 24W.

    Televisyen ini dilengkapi cipset MediaTek 64-bit Quad Core Processor, RAM 2,133MHz 1GB, Android TV OS dan sokongan untuk memainkan format video HDR10 dan HLG. Varian 43 inci akan dijual pada harga RM1,499 dan varian 32 inci akan dijual pada harga RM899.

    realme Smart Camera 360°

    Kamera keselamatan ini mempunyai sudut penglihatan 360°, teknologi AI Motion Detection untuk merakam subjek bergerak serta kebolehan IR Night Vision untuk merakam dalam gelap.

    Ia boleh merakam video ke dalam kad memori microSD 128GB dalam resolusi 1080p. Harga asalnya adalah RM199, namun akan dijual pada harga promosi RM149 sewaktu jualan 12.12.

    realme N1 Sonic Electric Toothbrush

    Berus gigi elektronik ini dilengkapi bateri 800mAh yang boleh digunakan selama 9 hari, mempunyai rating kalis air IPX7 dan dijual pada harga RM99. Sempena 12.12, berus gigi ini berharga RM69 sahaja.

    realme Buds Air Pro

    Fon telinga wayarles ini dilengkapi cip realme S1 Noise Cancellation Chip yang boleh membatalkan bunyi hingar persekitaran sehingga 35db. Untuk bunyi bass yang lebih dalam, ia dilengkapi pemacu bass 10mm.

    Ia mempunyai bateri 486mAh termasuk bekasnya yang boleh memainkan muzik sehingga 20 jam dan pengecasan 10 minit boleh digunakan selama 180 minit. Ia berharga RM369 namun akan dijual pada harga RM299 pada 12 Disember.

    "
    "

    realme Buds Wireless Pro

    Fon teling wayarles ini turut dilengkapi cip realme S1 dan pembatalan bunyi hingar sehingga 35db, manakala pemacu bass adalah sekadar 13.6mm sahaja. Ia mempunyai bateri 160mAh yang boleh bertahan sehingga 22 jam.

    Ia berharga RM269 namun akan dijual pada harga RM199 dalam Jualan 12.12.

    realme Watch S

    Jam tangan ini mempunyai muka jam berukuran 1.3 inci dengan resolusi 360×360 dan dibuat daripada Corning Gorilla Glass 3. Ia mempunyai tiga fungsi kesihatan utama iaitu pengukur degupan jantung, pengukur tahap oksigen dalam darah dan penjejak aktiviti senaman.

    Selain rating IP68, baterinya berkapasiti 390mAh yang boleh tahan sehingga 15 hari dan boleh dicas penuh selama 2 jam. Ia juga boleh dipautkan kepada telefon pintar untuk mengawal kamera, menjawab panggilan dan banyak lagi fungsi.

    Jam tangan ini berharga RM369 namun sempena Jualan 12.12, ia akan dijual pada harga promosi RM299.

    Turut diperkenalkan adalah tongkat swafoto realme Selfie Tripod berharga RM99 yang akan dijual pada harga promosi RM69 pada 12 Disember. Beritahu kami di Facebook produk manakah yang menjadi idaman anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...