More

    realme Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM500 untuk pelbagai telefon, termasuk realme GT 6T

    realme Malaysia akan menganjurkan kempen promosi Payday Sale Campaign yang akan berlangsung pada 25 Julai hingga 27 Julai 2024 di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Pelbagai model telefon pintar realme akan dijual pada harga diskaun sepanjang promosi ini, termasuklah realme 10 Pro+ 5G, realme GT 6T, realme 12 Pro+ 5G dan realme C67.

    Berikut adalah senarai penuh untuk telefon pintar realme yang akan dijual pada harga diskaun sepanjang promosi ini:

    Selain telefon yang lebih murah, setiap platform e-dagang menawarkan manfaat yang berbeza. Sebagai contoh, Shopee menawarkan pulangan tunai sehingga 10%, baucar eksklusif dan realme Buds Classic percuma dengan setiap pembelian realme C67. Lazada pula menawarkan Lazcoins, baucar dan realme Buds T300 percuma dengan setiap pembelian realme 12 Pro+ (12GB+512GB).

    Sementara itu, TikTok Shop menawarkan pendiri telefon (phone stand) dan sarung percuma dengan setiap pembelian realme Pad 2 (6GB+128GB).

    Anda boleh layari laman rasmi realme Malaysia di Shopee, Lazada dan TikTok Shop bermula 25 Julai untuk menikmati promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured