More

    realme mungkin lancarkan telefon dengan cas pantas 150W dan cipset Dimensity 8000

    realme merupakan antara jenama telefon yang paling mampu milik pada masa ini dan telefon seterusnya mungkin akan dilengkapi pengecasan yang sangat pantas serta cipset kategori andalan.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, realme bakal melancarkan telefon-telefon yang dilengkapi pengecasan pantas 80W dan 150W pada tahun ini. Telefon tersebut bakal dipasarkan bersama pengecas 160W yang dihasilkan oleh OPPO.

    Memandangkan realme dan OPPO merupakan dua jenama telefon di bawah naungan BBK Electronics, logik untuk diandaikan jika dua jenama tersebut berkongsi teknologi di antara mereka.

    Selain itu, beliau juga mengatakan realme akan menghasilkan telefon pintar yang dilengkapi cipset kategori andalan MediaTek Dimensity 8000. Ini mungkin adalah realme GT Neo 3T, memandangkan realme GT Neo 2T dan realme GT Neo 2 sebelum ini juga dilengkapi cipset kategori andalan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured