More

    realme Narzo 30 Pro 5G didedahkan oleh CEO realme India sendiri!

    Baru-baru ini, industri telefon pintar sudah mula menerima sejumlah berita mengenai spesifikasi dan imej siri realme Narzo 30. Untuk bukti kewujudan peranti yang lebih sahih, CEO realme India kini mendedahkan realme Narzo 30 Pro 5G melalui siarannya sendiri.

    Madhav Sheth dilihat memegang peranti didakwa sebagai realme Narzo 30 Pro 5G memandangkan terdapat tulisan di kotak yang memaparkan nama peranti. Apa pun, warna dan rekaan peranti yang dipegang oleh beliau menyamai warna dan rekaan peranti yang dapat dilihat pada poster sebelum ini.

    Sepintas lalu, siri realme Narzo 30 bakal dilengkapi cip Dimensity 800U 5G dan paparan 120Hz. Menurut sumber, salah satu model siri realme Q2 yang sudah dilancar di China akan dijenamakan semula sebagai realme Narzo 30 Pro yang bakal hadir dengan skrin LCD 6.5 inci, kamera swafoto 16MP dan kamera utama 48MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro.

    Untuk pengetahuan anda, siri realme Narzo 20 terdahulu hadir di pasaran Malaysia. Jadi, kita mungkin boleh menjangkakan kehadiran siri realme Narzo 30 juga di pasaran tempatan. Apakah pendapat anda mengenai rekaan realme Narzo 30 Pro 5G? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured