More

    realme Narzo 30A, Narzo 30 Pro 5G dilancar: Skrin 120Hz, bateri 6000mAh bermula ~RM502

    Terkini, siri realme Narzo 30 telah dilancar di pasaran India terlebih dahulu. Siri ini dibarisi realme Narzo 30 Pro dan realme Narzo 30A. Peranti terbaru ini ditawarkan di pasaran India pada harga bermula 8,999 Rupi (~RM502).

    realme Narzo 30 Pro 5G dan realme Narzo 30A memiliki perbezaan yang ketara dari segi janaan cipset, spesifikasi skrin, spesifikasi kamera, RAM dan variasi storan. Seiring dengan harga yang ditawarkan, Narzo 30 Pro 5G memiliki spesifikasi yang jelas lebih tinggi berbanding Narzo 30A. Anda boleh menyemak spesifikasinya seperti di bawah.

    realme Narzo 30 Pro 5G

    • Cipset MediaTek Dimensity 800U 5G
    • RAM 6GB/8GB + storan 64GB/128GB
    • Paparan 6.5 inci LCD FHD+ 6.5 inci dengan kadar segar semula 120Hz
    • Kamera utama 48MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5000mAh
    • Sokongan cas pantas 30W
    • Sensor cap jari di sisi
    • Pilihan warna Sword Black dan Blade Silver

    realme Narzo 30A

    • Cipset MediaTek Helio G85
    • RAM 3GB/4GB + storan 32GB/64GB
    • Paparan 6.5 inci LCD HD+ 6.5 inci dengan kadar segar semula 60Hz
    • Kamera utama 13MP + 2MP lensa monokrom
    • Kamera swafoto 8MP
    • Bateri 6000mAh
    • Sokongan cas 18W (USB-C)
    • Sensor cap jari di belakang
    • Pilihan warna Laser Blue dan Laser Black

    Untuk pengetahuan anda, realme Narzo 30A bermula pada harga 8,999 Rupi (~RM502) untuk varian 3GB+32GB, manakala 9,999 Rupi (~RM558) untuk varian 4GB/64GB.

    realme Narzo 30 Pro 5G pula ditawarkan dengan harga bermula pada 16,999 Rupi (~RM948) untuk varian 6GB/64GB, manakala 19,999 Rupi (~RM1,116) untuk varian 8GB/128GB.

    Setakat ini, kami masih tidak mempunyai maklumat mengenai kehadirannya di pasaran Malaysia. Namun, memandangkan Malaysia menerima siri realme Narzo 20 pada tahun lepas, jadi mungkin kita boleh menjangkakan kehadiran siri realme Narzo 30 pula di pasaran tempatan.

    Kongsi pandangan anda mengenai peranti ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme India

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured