More

    realme Narzo 50i dan realme C25Y dilancar di Malaysia: Telefon kelas permulaan bermula RM399

    Selain melancarkan realme GT Neo2 5G, realme Malaysia turut melancarkan dua telefon pintar kelas permulaan pada hari ini iaitu realme Narzo 50i dan realme C25Y.

    realme Narzo 50i

    realme Narzo 50i dilengkapi bateri besar 5,000mAh, RAM 4GB, storan dalaman 64GB yang boleh dibesarkan sehingga 256GB dengan kad microSD dan sokongan dwi-kad SIM. Skrinnya pula berukuran 6.5 inci dengan nisbah aspek 20:9, nisbah skrin-ke-badan 88.7% dan mempunyai takuk water-drop notch di atas.

    Untuk kamera pula, ia mempunyai kamera utama 8MP f/2.0 yang menyokong zum digital 4x dan kamera swafoto 5MP. Untuk rakaman video, ia boleh merakam sehingga resolusi 1080p pada kadar 30fps.

    Ia akan dijual dengan harga pasaran RM499, namun realme Malaysia akan menganjurkan promosi awal di mana ia akan dijual pada harga RM399 sahaja.

    realme C25Y

    realme C25Y pula dilengkapi bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W, cipset UNISOC T618 12nn dan skrin LCD 6.5 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 88.7%. Daripada segi memori, ia mempunyai RAM 4GB dan storan dalaman 64GB atau 128GB.

    Untuk kamera pula, ia mempunyai kamera utama 50MP, kamera makro 2MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera swafoto 8MP.

    Ia akan dijual pada harga pasaran RM599 untuk varian 4GB+64GB namun akan dijual dengan promosi awal pada harga RM499 sahaja. Untuk varian 4GB+128GB pula, akan dijual pada harga pasaran RM699.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...