More

    realme Narzo N53 dilancar: Unisoc T612, skrin LCD 6.74″, RAM 6GB dan storan 128GB bermula ~RM493

    realme Narzo N53 telah dilancarkan di India semalam membawa harga INR 8,999 (~RM493) untuk varian RAM 4GB dan storan 64GB serta INR 10,999 (~RM603) untuk varian RAM 6GB dan storan storan 128GB.

    Narzo N53 menampilkan skrin LCD 6.74 inci dengan resolusi HD+ dan kadar penyegaran 90Hz. Panel ini menempatkan potongan takuk titisan air untuk kamera swafoto 8MP. 

    Narzo N53 ialah telefon realme ketiga yang mempunyai Kapsul Mini (Mini Capsule) seperti yang hampir sama dengan Dynamic Island pada iPhone. Fungsi ini menunjukkan status bateri, penggunaan data dan maklumat langkah harian.

    Ia dilengkapi dengan cipset Unisoc T612, RAM sehingga 6GB dan storan 128GB yang boleh dikembangkan lagi melalui slot kad mikroSD. Bahagian belakangnya menempatkan kamera utama 50MP bersama modul sekunder yang tidak ditentukan bersama flash LED.

    Peranti ini menggunakan realme UI T Edition berdasarkan Android 13 dan mempunyai bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W. Ciri lain termasuk pembesar suara stereo, bicu fon kepala dan pengimbas cap jari di sisi.

    realme Narzo N53 hadir dalam warna Feather Gold dan Black. Buat sementara ini, kami masih tidak ketahui kedatangannya ke pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme India

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured