More

    realme Narzo N65 5G dilancar: Dimensity 6300, skrin 120Hz dan Air Gesture bermula ~RM650

    realme telah melancarkan telefon pintar Narzo N65 5G hari ini dan tiba sebagai pengganti kepada Narzo N55 yang dikeluarkan pada April tahun lepas. Ia adalah telefon pintar siri-N ketiga dan yang pertama datang dengan sokongan untuk 5G.

    realme Narzo N65 5G mempunyai paparan HD+ berukuran 6.67 inci, kadar penyegaran 120Hz, kadar pensampelan sentuhan 240 Hz dan kecerahan puncak 625 nits. Skrin mempunyai Rainwater Smart Touch untuk digunakan ketika tangan basah. Bahagian belakang menampilkan bonggolan kamera bulat yang menempatkan kamera utama 50MP dan kamera kedua 2MP.

    Bahagian hadapan pula terdapat kamera swafoto 8MP. realme Narzo N65 5G dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 6300, pilihan RAM 4GB atau 6GB bersama-sama dengan tambahan 6GB RAM maya dan storan dalaman 128GB boleh dikembangkan melalui slot kad mikroSD. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 15W.

    Daripada segi perisian, peranti ini menampilkan realme UI 5.0 berasaskan Android 14. Ia turut disertakan dengan Air Gestures yang boleh digunakan untuk menjawab panggilan, membisukan panggilan masuk dan mengawal main balik video. realme Narzo N65 5G akan dijual di India dengan harga Rs 11,499 (~RM650) untuk varian 4/128GB dan Rs 12,499 (~RM705) untuk varian 6/128GB.

    Telefon pintar ini ditawarkan dalam warna Amber Gold dan Deep Green. Buat masa ini, kami masih belum pasti jika ia akan tersedia dalam pasaran tempatan pada masa hadapan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...