More

    realme Neo8 tiba dengan SD 8 Gen 5, AMOLED 6.78″ 165Hz dan bateri 8,000mAh bermula ~RM1,500

    realme secara rasmi melancarkan model terbaharu dalam siri Neo iaitu realme Neo8 di China. Peranti ini mencuri tumpuan dunia apabila hadir dengan spesifikasi luar biasa terutamanya kapasiti bateri yang sangat besar dan prestasi pemprosesan terkini.

    realme Neo8 dilengkapi dengan bateri berkapasiti 8,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W SuperVOOC serta fungsi bypass charging yang amat berguna untuk gamers. Daripada segi prestasi, peranti ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 5 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X dan storan UFS 4.1.

    Untuk memastikan suhu kekal stabil, realme turut menyertakan sistem penyejukan vapor chamber yang besar. Satu lagi ciri menarik pada Neo8 adalah skrin AMOLED 6.78 inci (Samsung M14) yang menyokong kadar segar semula 165Hz. Skrin ini mampu mencapai tahap kecerahan puncak sehingga 6,500 nits.

    Bahagian belakang peranti tampil unik dengan reka bentuk lutsinar dan jalur lampu RGB ‘Awakening Halo’ yang berfungsi sebagai lampu notifikasi. Ia juga dibina dengan bingkai logam serta memiliki penarafan kalis air dan debu tertinggi, IP69.

    Peranti ini menjalankan realme UI 7.0 (Android 16) yang sarat dengan ciri kecerdasan buatan (AI). realme turut menjanjikan kemas kini sistem operasi selama tiga tahun dan kemas kini keselamatan selama empat tahun. Di China, realme Neo8 dijual pada harga bermula CNY 2,599 (~RM1,500) bagi varian 12/256GB manakala varian tertinggi 16/1TB dijual pada harga CNY 3,899 (~RM2,250).

    Melihat kepada populariti siri Neo di Malaysia sebelum ini, ia dijangka akan dibawa masuk ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured