More

    realme Note 50 akan dilancar pada 23 Januari 2024, telefon realme pertama dengan nama “Note”

    realme bakal melancarkan siri telefon pintar kelas permulaan baharu iaitu realme Note 50 di Filipina pada 23 Januarai 2024. Ia bakal menjadi telefon realme pertama yang dilancar dengan penjenamaan “Note”.

    realme Filipina telah pun berkongsi maklumat mengenai realme Note 50 kepada Adobo Tech iaitu sebuah syarikat media yang berpengkalan di negara tersebut. realme Note 50 bakal dilengkapi skrin berukuran 6.74 inci dengan panel IPS LCD, resolusi HD+ (1600×720) dan kadar segar semula 90Hz.

    Telefon ini ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam Midnight Black atau biru Sky Blue. Badan telefon ini mempunyai rating kalis air dan debu IP54, pengimbas cap jari bahagian sisi dan bicu audio 3.5mm.

    Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset Unisoc T612, RAM 4GB dan storan dalaman 64GB yang boleh dibesarkan dengan kad memori microSD. Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan menyokong kadar pengecasan 10W melalui port USB-C.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 13MP dan sensor monokrom, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 5MP. Secara asasnya, telefon ini adalah realme C51 yang dipertingkatkan sedikit.

    realme Note 50 akan dijual di pasaran Filipina pada harga bermula PHP3,599 (~RM310). Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia, namun anda boleh membeli realme C51 pada harga bermula RM499.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme Note 50 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Adobo Tech

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured