realme Malaysia bakal melancarkan telefon pintar kelas permulaan terbaru, realme Note 70, pada hari Khamis, 28 Ogos 2025. Walaupun ia merupakan sebuah telefon yang dijual dalam kategori permulaan, ia masih mempunyai beberapa ciri dan spesifikasi yang terdapat pada telefon mahal.
Walaupun dengan badan senipis 7.94mm, telefon ini mempunyai bateri 6,300mAh yang boleh bertahan lama. Ini merupakan peningkatan yang amat ketara berbanding realme Note 60 yang dilancar pada November 2024, di mana ia mempunyai kapasiti 5,000mAh sahaja.
Badannya juga dibina dengan binaan ArmorShell Protection dan Military Grade Shock Resistance untuk meningkatkan daya tahan lasak dan melindunginya daripada impak jatuh. Ketahanannya ditingkatkan lagi dengan rating kalis air dan debu IP54, bersama teknologi SonicWave Ejection.
Spesifikasi lengkap untuk telefon ini masih belum diketahui, jadi sama-sama kita nantikan pada hari Khamis ini untuk mengetahui maklumat lanjut mengenainya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






