More

    realme Note 70 dilancar di Malaysia dengan bateri 6,300mAh, berharga RM449

    realme hari ini melancarkan realme Note 70 iaitu sebuah lagi telefon pintar mampu milik yang hadir dengan bateri 6,300mAh terbesar dalam segmennya, namun tetap mengekalkan rekaan badan yang nipis hanya 7.94mm. Peranti ini mampu bertahan sehingga dua hari penuh walaupun digunakan secara berat.

    Menariknya, ia menyokong fungsi pengecasan terbalik 6W melalui USB Type-C yang menjadikannya boleh menjadikannya power bank untuk mengecas peranti lain. Bagi menjamin keselamatan, realme melengkapkannya dengan 38 perlindungan pengecasan yang membantu mengekalkan kesihatan bateri dalam jangka panjang.

    Note 70 menampilkan Coastline Design yang diinspirasikan daripada alunan ombak. Kesan tekstur yang dihasilkan memberi pantulan cahaya dinamik manakala ciri Pulse Light dengan sembilan pilihan warna dan lima mod berbeza. Telefon ini turut dilengkapi dengan pelbagai ciri pintar AI seperti AI Noise Reduction Call 2.0 yang memastikan kualiti panggilan kekal jelas.

    Selain itu, terdapat juga fungsi suntingan kreatif seperti AI Eraser, AI Clear Face, AI Image Matting dan Circle to Search yang memudahkan pengguna mengurus gambar dengan lebih cepat. Untuk fotografi, kamera AI 13MP mampu memberikan hasil lebih cerah dan jelas dalam keadaan cahaya rendah.

    Selain ciri AI, Note 70 menawarkan teknologi Smart Touch yang tetap responsif walaupun jari pengguna basah selain sokongan 300% Ultra Volume yang menghasilkan bunyi. Prestasinya pula digerakkan oleh cipset T7250 Octa-Core dengan skor AnTuTu melebihi 277,000 yang terbukti mampu memainkan permainan popular seperti Mobile Legends: Bang Bang pada kadar stabil 60FPS selama dua jam tanpa sebarang masalah.

    Untuk ketahanan, realme membina Note 70 dengan perlindungan ArmorShell, sokongan ketahanan gred tentera dan penarafan IP54 bagi kalis air serta habuk. Ciri unik lain ialah SonicWave Ejection yang berfungsi mengeluarkan air daripada pembesar suara menggunakan getaran khas yang dapat membantu peranti kembali berfungsi dengan normal selepas terdedah kepada air.

    realme Note 70 ditawarkan dalam warna emas dan hitam pada harga RM449 untuk varian 6/128GB storan. Ia boleh didapati melalui realme Brand Stores, kedai pengedar sah serta platform e-dagang rasmi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured