More

    realme Note 80 dilancar di Malaysia dengan “ArmorShell” pada harga RM399

    Baru-baru ini, realme secara rasmi melancarkan model Note 80 untuk pasaran Malaysia. Peranti ini menggunakan perlindungan ArmorShell yang menerima pensijilan MIL-STD-810H bagi ketahanan hentakan tahap tentera.

    Rekaan fizikalnya mempunyai ketebalan 7.94mm dengan berat 197g serta dilengkapi perlindungan IP54 terhadap debu dan air. Skrin bersaiz 6.74 inci yang digunakan menyokong kadar segar semula 90Hz dan ciri Real DC-Dimming bagi mengurangkan keletihan mata.

    Baterinya pula berkapasiti 6,300mAh yang mampu bertahan sehingga 740 jam dalam mod siap sedia. Teknologi pembaikan bionik yang disertakan didakwa mengekalkan 80% kesihatan bateri selepas 1,000 kitaran cas.

    Untuk bahagian prestasi, realme Note 80 dikuasakan oleh cipset lapan teras T7250 dengan padanan RAM 18GB dinamik dan storan dalaman 256GB. Sistem operasi peranti menggunakan realme UI berasaskan Android 15 yang disepadukan dengan teknologi NEXT AI untuk pengoptimuman prestasi. realme Note 80 ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Glacier Blue dan Storm Black.

    Ia dijual pada harga RM399 melalui kedai jenama rasmi serta platform dalam talian Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured