More

    realme P2 Pro 5G dilancar: SD 7s Gen 2, OLED 120Hz, cas pantas 80W bermula ~RM1,130

    realme telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru untuk pasaran India iaitu realme P2 Pro 5G. realme mengatakan telefon ini mempunyai spesifikasi kelas pertengahan yang bagus, di samping teknologi AI yang kerap diperkenalkan dalam telefon yang dilancar pada tahun ini.

    Telefon ini dilengkapi skrin OLED berukuran 6.7 inci dengan resolusi Full HD+ (2412×1080), kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 2,000 nits. Sebuah pengimabas cap jari turut berada di bahagian bawah skrin.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 7s Gen 2 yang dibuat dengan nod proses 4nm, RAM 8GB atau 12GB yang boleh dibesarkan secara virtual sehingga 24GB dan storan dalaman 128GB, 256GB atau 512GB. Sistem operasinya menggunakan Android 14 dengan antara muka realme UI 5.0.

    Baterinya berkapasiti 5,200mAh dan menyokong teknologi pengecasan pantas 80W SUPERVOOC melalui port USB-C. realme mengatakan pengecasan selama 19 minit sudah cukup untuk mengecas daripada 1% kepada 50%.

    Sewaktu bermain game, ia mempunyai GT Mode yang membenarkan pengguna mengaktifkan prestasi yang lebih pantas serta pelbagai fungsi tambahan khas untuk gaming. Ia turut mempunyai sistem penyejukan kamar wap (vapour chamber) seluas 4500mm² bagi mengekalkan suhu yang optimum.

    Untuk fotografi, ia mempunyai kamera utama 50MP dengan sensor Sony LYT-600, kamera ultra-lebar 8MP serta kamera hadapan 32MP. Kamera utamanya menyokong penstabilan SuperOIS untuk membenarkan pengambilan gambar dan video yang lebih stabil, walaupun sewaktu bergerak.

    Ia juga mempunyai fungsi AI Smart Removal untuk membuang sebarang objek yang tidak dikehendakan dalam gambar.

    Daripada segi luaran, ia ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hijau Parrot Green dan kelabu Eagle Grey. Ia turut mempunyai rating kalis air dan debu IP65 dan rangka ArmorShell Protection untuk melindunginya sewaktu impak tinggi. Untuk audio, ia mempunyai pembesar suara stereo.

    "
    "

    realme P2 Pro 5G akan dijual di India pada harga bermula INR2,199 (~RM1,130) untuk varian 8GB+128GB dan setakan ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Nak beli telefon baharu? Harga mungkin naik lepas Qualcomm ubah harga cip

    Qualcomm dilapor telah menghantar surat makluman kepada para pelanggannya berhubung rancangan kenaikan harga cip pada kadar peratusan dua digit. Menurut laporan Bloomberg,...

    Facebook kini ada “Verified” percuma, boleh bezakan akaun AI dan manusia

    Meta secara rasmi memperkenalkan Facebook Verified iaitu lencana percuma baharu yang mengesahkan bahawa sesebuah profil itu dikendalikan oleh manusia sebenar. Langkah ini...

    iPad Mini akan datang dijangka jadi tablet kalis air pertama Apple

    Apple dilapor sedang membangunkan iPad mini generasi baharu yang dijangka menjadi tablet pertama mereka dengan sokongan penarafan kalis air. Menurut laporan daripada...

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured