More

    realme P3 Ultra 5G tiba dengan Dimensity 8350 Ultra, bateri 6000mAh dan cas pantas 80W berharga ~RM1,388

    realme hari ini secara rasmi melancarkan realme P3 Ultra 5G di India bersama model realme P3 5G. Peranti ini menandakan kemasukan pertama realme dalam siri ‘Ultra’ yang menjanjikan prestasi lebih hebat dan ciri premium kepada pengguna.

    Daripada segi prestasi, realme P3 Ultra 5G dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 8300 Ultra dipadankan dengan pilihan RAM 8GB atau 12GB serta storan dalaman 128GB atau 256GB. Telefon ini turut dilengkapi bateri besar 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W SUPERVOOC melalui port USB-C.

    Peranti ini menggunakan skrin AMOLED 6.83 inci melengkung dengan kadar segar semula 120Hz, resolusi FHD+ dan tahap kecerahan puncak 1500 nits. Kamera swafoto 16MP diletakkan dalam rekaan lubang punch-hole di tengah skrin. Sementara itu, sistem kamera belakang menampilkan kamera utama 50MP Sony IMX896 dengan OIS bersama dengan kamera ultra-lebar 8MP.

    Ciri tambahan lain termasuk sokongan dwi-SIM, sistem operasi Android 15 dengan realme UI 6.0, pengimbas cap jari dalam skrin, NFC, Bluetooth 5.4 serta penarafan IP69 untuk ketahanan terhadap habuk dan air. Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Glowing Lunar White, Neptune Blue dan Orion Red.

    Di India, realme P3 Ultra 5G dijual pada harga bermula INR 26,999 (~RM1,388), namun ketersediaan global masih belum diumumkan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...