More

    realme P3 Ultra bakal dilancar secara rasmi di Malaysia 16 Jun ini

    realme Malaysia mengesahkan ketibaan rasmi siri P yang dinantikan peminat tempatan dengan pelancaran perdana model sulungnya, realme P3 Ultra pada 16 Jun 2025. Peranti ini akan ditawarkan secara eksklusif di platform e-dagang termasuk Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

    Disasarkan untuk segmen pertengahan-premium, realme P3 Ultra menggabungkan rekaan Glowing Lunar bersama proses Starlight Ink untuk permukaan peranti yang responsif terhadap cahaya. Paparan pula hadir dengan skrin melengkung AMOLED 1.5K, bezel ultra-nipis 1.6mm dan badan setebal hanya 7.38mm.

    P3 Ultra dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8350 Ultra dengan skor AnTuTu melebihi 1.45 juta dan menyokong permainan 120FPS sehingga enam jam. Ia turut dilengkapi bateri 6000mAh dan sistem penyejukan 6050mm² VC untuk ketahanan haba berlebihan.

    Untuk fotografi, peranti ini hadir dengan sensor utama Sony 50MP dengan OIS bersaiz 1/1.56” dan menyokong rakaman video sehingga 4K 60fps. Siri ini dijangka menarik minat pengguna muda yang mencari gabungan gaya, prestasi dan nilai. Nantikan kemunculan tidak lama lagi dalam pasaran Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...