More

    realme P4 Power rasmi sebagai telefon pintar pertama dunia dengan bateri 10,001mAh

    realme hari ini mengumumkan pelancaran realme P4 Power 5G di India yang juga merupakan telefon pintar global pertama dengan bateri 10,000mAh. Menurut realme, bateri berkapasiti 10,001mAh itu telah melepasi ujian ketahanan hentakan MIL-STD-810 dan menjadikannya bateri 10,000mAh pertama yang mencapai pensijilan tersebut.

    realme turut mendakwa peranti ini mampu menawarkan sehingga 932 jam mod siap sedia, lebih 72 jam panggilan suara, sekitar 32 jam penstriman YouTube dan lebih 21 jam navigasi. Untuk permainan, realme mendakwa sehingga 11 jam permainan PUBG Mobile dengan sekali cas dan ia menyokong pengecasan pantas 80W serta pengecasan berwayar songsang 27W.

    realme P4 Power 5G turut dilengkapi ciri bypass charging bagi mengurangkan tekanan pada bateri ketika digunakan sambil dicas serta mod boost charging untuk pengecasan lebih pantas. Selain bateri, ia hadir dengan paparan OLED 6.8 inci resolusi 1.5K, kadar segar semula 144Hz, rekaan melengkung dan kecerahan puncak sehingga 6,500 nits.

    Peranti ini dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7400 Ultra digandingkan dengan RAM LPDDR4X dan storan UFS 3.1 serta cip AI khusus HyperVision+. Sistem kamera merangkumi kamera utama 50MP Sony IMX882 dengan OIS, ultra lebar 8MP dan sensor 2MP. Kamera hadapan menggunakan sensor 16MP Sony IMX480.

    P4 Power 5G menjalankan Android 16 dengan realme UI 7.0 dan akan menerima tiga tahun kemas kini Android serta empat tahun tampalan keselamatan. Ciri lain termasuk penarafan IP69, IP68 dan IP66, pemancar inframerah, Wi-Fi 5, Bluetooth 5.4, ketebalan 9.1mm dan berat 219 gram.

    Ia ditawarkan dalam warna TransSilver, TransOrange serta TransBlue dengan rekaan TransView dan ditawarkan pada harga bermula Rs 25,999 (~RM1,111). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: realme India

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured