More

    realme P4R 5G dilancar dengan bateri 8,000mAh, skrin 144Hz dan cip Dimensity 6300

    realme P4R 5G kini rasmi diperkenalkan sebagai model baharu dalam siri P yang memfokuskan kepada bateri berkapasiti besar, paparan kadar segar semula tinggi dan sokongan rangkaian 5G. Peranti dilengkapi skrin LCD 6.8 inci dengan resolusi HD+ (1570 x 720 piksel), kadar segar semula sehingga 144Hz, tahap kecerahan sehingga 1,200 nits dan dilindungi kaca Panda-1681.

    realme P4R 5G dijana cip MediaTek Dimensity 6300 yang dipadankan dengan memori LPDDR4X dan storan UFS 2.2. Kamera utama menggunakan sensor 50MP dengan autofokus dan kamera swafoto 8MP. Aplikasi kameranya turut menyokong pelbagai mod termasuk Night Mode, Street Mode, Cinematic Video, Dual-view Video, Time-lapse, Pro Mode, Tilt-shift dan integrasi Google Lens.

    Salah satu tarikan utama realme P4R 5G ialah bateri berkapasiti 8,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 45W SUPERVOOC serta serasi dengan protokol pengecasan VOOC, PD, QC dan PPS. Ciri lain yang turut disertakan termasuk pengimbas cap jari pada sisi, Face Unlock, Wi-Fi 5, Bluetooth 5.3, port USB-C, sokongan OTG dan dwi-SIM 5G.

    realme P4R 5G mempunyai pensijilan rintangan hentakan bertaraf tentera MIL-STD-810H selain penarafan IP65 untuk perlindungan daripada habuk dan percikan air. Peranti ini berukuran 166.4 x 78.2 x 8.8mm dengan berat sekitar 224 gram. Ia ditawarkan dalam pilihan warna Lavender Glare, Titanium Glare dan Silver Glare.

    Di India, realme P4R 5G dijual pada harga Rs18,999 (~RM811) untuk varian 4/128GB, Rs20,999 (~RM896) bagi model 6/128GB dan Rs22,999 (~RM982) untuk versi 6/256GB. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured