More

    realme Pad X dilancar di Malaysia: SD 695 5G, skrin 2K 10.95″, Dolby Atmos dan cas pantas 33W berharga RM1,399

    Selain realme GT Neo 3T dan realme Watch 3, realme Malaysia juga melancarkan realme Pad X terbaharu hari ini. Tablet ini mempunyai bateri terbina dalam 8,340mAh, menyokong pengecasan pantas 33W dan menyokong stilus magnet realme. realme Pad X boleh didapati dalam warna Glowing Grey dan Glacier Blue.

    Ia menggunakan reka bentuk nisbah 5:3 skrin penuh 10.95 inci 2K, menyokong kecerahan 450 nits dan lulus Pensijilan Perlindungan Mata Cahaya Biru Rendah Rheinland Jerman. realme Pad X menyokong stylus pengecasan magnet tanpa wayar dan papan kekunci pintar realme. Ia boleh digunakan secara berterusan selama 11 jam selepas dicas penuh.

    Selain itu, stylus pengecasan magnet tanpa wayar realme menyokong 4096 tahap kepekaan tekanan, kadar pensampelan 240Hz, berat hanya 16.5g dan menyokong tulisan sisi 60°. Daripada segi prestasi, realme Pad X dilengkapi cipset Snapdragon 695 5G, RAM 6GB, storan 128GB, menyokong pengembangan kad mikroSD sehingga 512GB dan pengembangan RAM maya 5GB.

    Daripada segi pengimejan, realme Pad X mempunyai kamera utama 13MP belakang dan kamera swafoto 8MP yang menyokong fungsi pemusatan dan pengesanan potret. Ia berfungsi semasa panggilan video dan persidangan video di mana ia menfokuska subjek sentiasa berada di tengah-tengah skrin.

    Dalam aspek lain, realme Pad X menjalankan realme UI 3.0 untuk Pad berdasarkan Android 12, menyokong segerakkan silang skrin, bateri 8,340mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W dan pengecasan terbalik. Perlu dinyatakan bahawa realme Pad X dilengkapi dengan empat pembesar suara yang menyokong Dolby Atmos dan pensijilan Hi-Res.

    Spesifikasi lengkap realme Pad X:

    • Cipset Snapdragon 695 5G
    • Skrin 2K WUXGA+ 10.95 inci
    • RAM 6GB dan storan 128GB (menyokong pengembangan RAM maya 5GB / kad mikroSD sehingga 512GB)
    • Kamera utama 13MP dan kamera swafoto 8MP
    • Bateri 8,340mAh dengan pengecasan pantas 33W
    • Menjalankan realme UI 3.0 untuk Pad berdasarkan Android 12
    • Pembesar suara quad Dolby Atmos
    • Warna: Kelabu dan biru

    Antara 23 dan 25 Ogos, anda boleh mendapatkan realme Pad X di Shopee pada harga RM1,399 dan nikmati jaminan tambahan 1 tahun. Selain itu, jika anda membeli tablet ini di cawangan realme dan pengedar sah pada 26 Ogos, anda boleh mendapatkan jaminan tambahan 1 tahun, pembesar suara Cobble realme dan sarung pelindung secara percuma.

    Kongsi pendapat anda tentang realme Pad X ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...