More

    realme Paper Green GT 2 Pro tiba di Malaysia, telefon dengan tekstur kertas premium berharga RM2,999

    realme Malaysia telah melancarkan telefon pintar realme GT 2 Pro pada 24 Mac 2022 lepas dan kini, mereka mengumumkan ketibaan realme Paper Green GT 2 Pro. Anda boleh dapatkan peranti ini di semua kedai jenama realme Malaysia dan kedai sah mulai hari ini pada harga RM2,999.

    GT 2 Pro membawa ciri premium dan pengalaman telefon pintar andalan untuk pengguna Malaysia. Peranti ini kelihatan eksklusif dengan tekstur kertas premium dihasilkan daripada bahan luar polimer berasaskan bio pertama dalam industri reka bentuk Master Tech atas kerjasama pereka terkenal dunia Naoto Fukusawa.

    Peranti ini hadir dengan paparan rata AMOLED 2K pertama di dunia dengan teknologi LTPO serta Super Reality Display untuk visual yang realistik. Ia dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 1 untuk prestasi lancar sepanjang hari anda dan tri-kamera yang membawa kamera ultra lebar 150”, lensa mikro 40x, dan kamera utama IMX766 50MP.

    Ikuti halaman Facebook realme Malaysia untuk ketahui pengumuman seterusnya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...