More

    realme Q2 dilancar: Cas pantas 65W, Super AMOLED 6.43 inci, empat kamera 48MP bermula ~RM613

    realme hari ini telah melancarkan siri realme Q2 yang terdiri daripada realme Q2i, realme Q2 dan realme Q2 Pro. Varian yang tertinggi, realme Q2 Pro, dilengkapi pengecasan pantas 65W, empat kamera, skrin Super AMOLED dan pemproses MediaTek Dimensity 800U.

    Berikut adalah spesifikasi penuh realme Q2 Pro:

    • Skrin Super AMOLED berukuran 6.43 inci
    • Cipset MediaTek Dimensity 800U
    • RAM 8GB
    • Storan dalaman 128GB atau 256GB
    • Kamera utama 48MP + kamera ultra-lebar 8MP + sensor kedalaman 2MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 4,300mAh
    • Pengecasan pantas 65W, pengecasan penuh selama 33 minit
    • Pengimbas cap jari di bawah skrin
    • Harga: CNY1599 (~RM983) untuk 8GB+128GB, CNY1799 (~RM1,106) untuk 8GB+256GB

    Berikut adalah spesifikasi penuh realme Q2:

    • Skrin Full HD+ berukuran 6.5 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan sentuhan 180Hz
    • Cipset MediaTek Dimensity 800U
    • RAM 4GB atau 6GB
    • Storan dalaman 128GB atau 256GB
    • Kamera utama 48MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 16MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 30W, pengecasan penuh selama satu jam
    • Harga: CNY1199 (~RM737) untuk 4GB+128GB, CNY1299 (~RM799) untuk 6GB+128GB

    Berikut adalah spesifikasi penuh realme Q2i:

    • Skrin 6.5 inci
    • Cipset MediaTek Dimensity 720
    • RAM 4GB
    • Storan dalaman 128GB
    • Kamera utama 13MP + kamera potret 2MP + kamera makro 2MP
    • Kamera swafoto 8MP
    • Bateri 5,000mAh
    • Pengecasan pantas 18W
    • Harga CNY998 (~RM614)

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon realme ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    (Diterjemah daripada TechNave CN)

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured