More

    realme Q3s mungkin miliki SD778G, dapat pengesahan pengecasan 30W

    Minggu lalu telah tertiris bahawa dua buah peranti realme sedang melalui proses pengesahan daripada TENAA. Kedua-dua telefon tersebut menggunakan nombor model RMX3461 dan RMX3463 yang mungkin dua varian berbeza tapi dalam model yang sama.

    Kini, terdapat sebuah lagi laporan daripada sumber Weibo yang mengatakan ia adalah model realme Q3s. Tambahnya lagi, ia mungkin akan menggunakan Snapdragon 778G. SD 778G adalah cipset 6 nm (TSMC) dengan empat teras Kryo 670 dan grafik Adreno 642L.

    Berdasarkan maklumat yang diterima daripada TENAA, realme Q3s mempunyai beberapa pilihan RAM dan storan dalaman. Ia tersedia dalam varian 6GB + 128GB, 8GB + 256GB dan 12GB + 512GB. Ini merupakan telefon pertama dalam sirinya yang mempunyai RAM sebesar 12GB dan storan dalaman 512GB. Ia juga hadir dengan slot mikro-SD, bicu audio 3.5 mm dan Android 11.

    Kiriman gambar daripada Weibo menambah beberapa butiran lagi selain butiran yang telah didedahkan oleh TENAA. Telefon ini akan mempunyai paparan skrin IPS LCD 6.59 inci, kadar penyegaran semula 144 Hz. Oleh kerana ini adalah LCD, pengimbas cap jari berada pada bahagian sisi.

    Baterinya mempunyai kapasiti 4,880 mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W (disahkan oleh 3C). Ia mempunyai kamera 48MP + 2MP + 2 MP di bahagian belakang dan kamera 16 MP di bahagian depan.

    realme Q3s dijangka dilancar bersama sebuah lagi telefon baharu daripada siri-Q pada bulan Oktober ini. Kongsikan pendapat anda bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...