More

    realme sahkan kehadiran dalam acara IFA 2020 pada 4 September

    Jenama telefon pintar realme telah mengesahkan kehadiran mereka dalam acara 2020 Internationale Funkausstellung Berlin (IFA) pada 4 September. Ia bakal menjadi kali pertama syarikat elektronik dari China itu menyertai ekspo teknologi yang terbesar dalam Eropah.

    Walau bagaimanapun, realme tidak akan melancarkan sebarang produk baru dalam acara tersebut. Sebaliknya, realme akan mempersembahkan strategi penjenamaan dan produk terbaru, termasuk berita tentang peranti Artificial Internet of Things (AIoT) dan 5G.

    realme dijadualkan untuk tampil dalam acara berkenaan pada hari Jumaat, 4 September jam 12:25 tengah hari CEST (6:25 petang waktu Malaysia). CEO realme Eropah yang baru, Madhav Sheth, bakal berucap pada persembahan tersebut.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mengetahui hala tuju realme selepas ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Twitter

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured