More

    realme tunjuk prototaip telefon mereka yang tidak dilancarkan

    Jenama realme kini semakin disebut-sebut dalam pasaran telefon pintar di negara ini walaupun hanya mula diperkenalkan pada dua tahun yang lepas. realme telah melancarkan pelbagai jenis telefon pintar dari kelas permulaan hingga ke kelas flagship yang hadir dengan harga yang berpatutan dan ciri-ciri yang menarik.

    Namun, telefon-telefon realme dilihat menggunakan reka bentuk yang ‘mainstream’ dan hampir sama berbanding telefon-telefonnya yang lain terutama telefon kelas permulaan dan kelas pertengahannya. Kebanyakan reka bentuk kamera belakangnya adalah berbentuk panjang kebawah dan reka bentuk ini hanya mula berubah bermula realme C11 yang telah dilancarkan pada bulan lepas. Adakah realme kekurangan idea? Tidak.

    Baru-baru ini, CEO realme India, Madhav Sheth telah kongsikan beberapa gambar prototaip telefon yang tidak dipilih sebagai reka bentuk akhir telefon mereka. Gambar-gambar ini menunjukkan pelbagai reka bentuk telefon yang menarik dengan warna yang menawan.

    Realme bukanlah yang pertama kongsikan prototaip telefon mereka kerana sebelum ini OnePlus sudah melakukan perkara ini untuk merapatkan hubungan peminat mereka dengan menunjukkan apa yang berlaku sewaktu memilih reka bentuk telefonnya.

    Jadi, yang mana satu dalam gambar ini yang memukau mata anda? Kongsikan dengan kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured