More

    realme umum telefon dengan “aircond dalaman”, bateri 15,000mAh di 828 Fan Festival

    Sempena ulang tahun ke-7, realme mengejutkan industri dengan memperkenalkan dua inovasi baharu di 828 Fan Festival iaitu teknologi bateri 15,000mAh Ultra-High-Density dan telefon pintar pertama dengan kipas dalaman, realme Chill Fan Phone.

    Bateri 15,000mAh ini dibina berasaskan teknologi full silicon anode 100% dengan kepadatan tenaga 1200 Wh/L, tertinggi pernah dicapai pada telefon pintar. Ia menjanjikan penggunaan sehingga empat hari, rakaman video berterusan 18 jam dan main balik video sehingga 53 jam.

    Sementara itu, realme Chill Fan Phone menggabungkan kipas mini dalaman dengan Thermoelectric Cooler (TEC) iaitu teknologi yang biasanya digunakan pada pendingin luaran. Sistem ini berfungsi seperti “aircond dalam telefon” untuk menurunkan suhu teras peranti sehingga 6°C semasa penggunaan intensif.

    Ia membolehkan lebih 20 permainan mudah alih popular termasuk Genshin Impact dijalankan pada kadar bingkai tinggi tanpa masalah. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...