More

    realme umumkan X50 Pro 5G, dilengkapi 6 kamera, pengecasan 65W dan Snapdragon 865

    realme melancarkan X50 Pro dalam sebuah sidang media pada hari ini. Telefon flagship terbaru daripada realme itu dikuasai oleh cipset Snapdragon 865 dan akan mula dijual di pasaran Eropah pada harga ~RM2,700.

    Telefon itu akan dilengkapi paparan Super AMOLED FullHD+ berukuran 6.44 inci dengan kadar segar semula 90Hz. Baterinya pula berkapasiti 4,200mAh dan boleh dicaj dengan teknologi 65W SuperDart yang mampu mengecas bateri sehingga penuh dalam masa 35 minit sahaja.

    Daripada aspek kamera, ia terdiri daripada kamera utama 64MP + kanta ultra-lebar dan makro 8MP + kanta telefoto 12MP + sensor hitam-putih manakala kamera hadapan pula terdiri daripada kanta lebar 32MP + kanta ultra-lebar 8MP. Kameranya dilengkapi penstabil imej dan mempunyai kebolehan zum hibrid sehingga 20x.

    Daripada segi perhubungan, X50 Pro boleh berfungsi dengan piawaian Wi-Fi 6 dan rangkaian 5G. Pengimbas cap jari dalam skrinnya pula boleh membaca cap jari sepantas 0.27 saat.

    Harga realme X50 Pro bermula daripada 599€ (8GB+128GB), 669€ (8GB+256GB) dan 749€ (12GB+256GB). Setakat ini, masih tiada berita tentang harganya untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mendapatkan telefon flagship ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave English

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured