More

    realme V11s 5G dilancar: Miliki Dimensity 810 & bateri 5,000mAh berharga ~RM900

    realme telah melancarkan sebuah telefon pintar V11 versi terbaru yang mempunyai prestasi lebih baik. Telefon tersebut ialah realme V11s 5G yang dilengkapi cipset Dimensity 810 dan RAM 6GB yang mana ia boleh dikembangkan kepada 11GB dengan teknologi Dynamic Ram Expension (DRE).

    Daripada segi reka bentuk, kamera dan kapasiti realme V11s 5G sama seperti V11. Ia hadir dengan kamera beresolusi 13MP + 2MP dan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W.

    Perubahan besar adalah pada bahagian cipsetnya yang mana V11s 5G menggunakan Mediatek dan teknologi DRE. Dengan adanya teknologi DRE ini, storan dalaman yang tidak digunakan akan ditukar kepada RAM untuk memastikan sistemnya berjalan secara lancar.

    Teknologi ini membolehkan varian yang mempunyai RAM 4GB bertindak seolah-olah ia mempunyai RAM 5GB sementara varian yang mempunyai RAM 6GB boleh ditingkatkan kepada RAM 11GB. realme V11s 5G hadir dengan storan dalaman 128GB dan tersedia dalam dua warna iaitu ungu dan hitam berharga CNY1,399 (~RM900).

    Kami masih belum dimaklumkan oleh realme bila ia akan tiba di pasaran Malaysia. Adakah anda berminat dengan peranti realme V11s ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...